PERSATUAN PETANQUE DAERAH DUNGUN
( PADU )
SEJARAH PADU


 
 Permainan Petanque diperkenalkan di Dungun oleh Cikgu Zulkifli Salim
 Zulkifli Salim              
 Mustaffa bin Muntejemiah

 Husain Sukri A.Rahman
( Bekas guru Sekolah Rantau Petronas ) pada  pertengahan  tahun 1995.
Beliau   mendapat    pendedahan    awal   daripada  kakitangan   pejabat
Angkatan Koperasi Kebangsaan ( ANGKASA ) di Kuala Lumpur.
         PADU adalah singkatan  ( Petanque Association of  Dungun )  di
suarakan  penubuhannya  oleh  En.Mustaffa  bin Muntejemiah dalam satu
perjumpaan  peminat sukan ini  pada  06hb.September 1996 di pejabat
bekas Ahli Parlimen Dungun di Jalan Baru Pak Sabah.
         Daripada  bermain  di   padang  kecil  berhampiran  rumah  Cikgu
Zulkifli  ,  gelanggang  dipindahkan  di  Jalan  Baru  Pak Sabah atas usaha
En.Husain  Sukri  A.Rahman.  Dalam usia yang sangat muda , pada tahun
1997 dengan sokongan banyak pihak  PADU  menganjurkan  Kejohanan
Jemputan  Antarabangsa  ,  dengan  kehadiran  ramai  peserta  dari Loas ,
Thailand  dan  Singapura  telah  memberi  semangat  kepada AJK Penaja
untuk mengembangkan sukan ini.
         AJK mengadakan promosi di  Pekan Budaya Dungun  pada tahun 
1997 dan 1998 dengan keahlian PADU mencapai 90 orang peminat.
         Sejarah kemajuan persatuan PADU  bergantung  kuat kepada  ke-
azaman  AJK  yang  sering mengadakan pertandingan dalaman antara ahli
, pertandingan persahabatan di Narathiwat dan Hatyai serta kerjsama dari
banyak pihak yang terlibat.
         Daripada kerja gigih AJK PADU , sukan ini dapat diterima sebagai
sukan  berprestasi  tinggi  oleh  Pesuruhjaya  Sukan  Malaysia  dan diterima menjadi satu acara sukan dalam SEA GAMES ke-21 di Kuala Lumpur.





| Home | Carta Organisasi | Senarai Ahli | Sejarah PADU | Undang-undang | Padang PADU | Keputusan |
 | Tabung Ahli | Sembang-sembang | Borang Kejohanan | Penginapan | Link Petanque |

" PETANQUE UNTUK SEMUA "