PERSATUAN PETANQUE DAERAH DUNGUN
( PADU )
SEMBANG-SEMBANG
Sembang 005 - Afat Duda 
Subject: Delima PADU
Date: Tue, 22 Jul 2003 14:11:34
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua ahli PADU.
Meneliti kepada semua Kejohanan yang disertai oleh Ahli Padu sepanjang tahun ini, maka disini boleh kita membuat
kesimpulan bahawa mutu permainan Ahli PADU amatlah rendah (below par).Tetapi kebanyakkan Ahli PADU masih kayal
dengan kemenangan yang lalu, di zaman orang lain baru mula nak main Pentanq. Kini semua orang sudah mula main
tetapi mereka berlatih bersungguh-sungguh bukan Ahli PADU asik dok mari berlawan se am dua lepas tu balik, mari
main suka suka bukannya berlatih macam orang lain, kalu macam tu sampai bila pun dok lagu tu, takdok perubahan.

Marilah wahai Ahli PADU kita sama sama sedar dan insaf bahawa kebolehan kita sudah jauh ketinggalan daripada
orang lain. Orang semakin hari semakin kuat dan pandai , tetapi puak kita makin makin dok rok. Takdok benda doh
kita ini. Gi situ mampuh, gi sini bahan dokorang.

Masih ada masa lagi untuk kita berlatih sekali lagi berlatih bukan bermain main saperti mana yang kita doh
buat setiap hari leni demi untuk kita membaiki diri kita dan juga bagi menaikkan imej PADU tu sendiri, sebagaimana
pada suatu ketika dulu orang takut belake nak jumpa dengan kita. Sebut jumpa dengan PADU 6 - 0 doh kena.Sepatutnya
kalu killer bukannya gila mari petang petang berlatih memukul dulu boleh 20 - 30 kali. Yang pointer pulak masuklah
dulu, sebagai warming up. Ni dok mari berlawan lawan balik,pulak tu mulut keras belake seko seko.

Kita ada jurulatih bukan juruletih, tapi mereka semua buat dok tahu saja, kadang kadang sama naik dengan orang
lain.Kita cuma ada masa lebih kurang dua minggu lagi untuk Mempaga, kalu tahap leni baik jangan gi,kalu nak gi bole
tapi dok sah masuk bertanding tapi pitis tu gi buat makan durian sudohlah untung jugak daripada habis saja.Untuk
2 minggu ni disyorkan jangan ada sebarang pertandingan cabaran cabaran takboh dengar,mari berlatih saja.lepas tu
sama bincang dengan mulut dok keras, bagaimana cara nak meningkatkan lagi permainan masing masing.Beri komen komen
yang membina bukan mengutuk. Harap maaf bukan nak kata tapi benda hak nyata.

Salam hurmat daripada salah saorang Ahli PADU yang rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan yang ikhlas
demi untuk sama sama melihat PADU pada kembali ketahap lama inshaallah!
Sembang 004 - zjue_zzz 
Subject: apa kena dengan sejarah padu tidak boleh tengok?
Date: Thu, 17 Jul 2003 11:51:29
 
laman web nie masih belum memuaskan jika dibandingkan dengan persatuan negeri2 dlm malaysia. cuba perbaiki dengan jayanya kerana kita adalah pasukan yang digeruni oleh sesiapa sahaja dalam malaysia.
Sekian,

Ahli persatuan dearah dungun, along,faizal, salman,shafiq.
Sembang 003 - zikriamin
Subject: tahniah atas laman web
Date: Tue, 15 Jul 2003 15:59:40

Assalamualaikum.

Di ucapkan tahniah diatas usaha anda bagi menjayakan laman web tersebut.cuma diharapkan mendapat kerjasama yg lebih
baik bagi mendapat data2 yang kemas dan maklumat2 yang terkini.

Sekian pandangan saya dan sekali lagi di harap mendapat kerjasama yg baik dari semua ahli padu.

Wasalllam.

Sembang 002 - sfauziah70
Subject: nama ahli
Mon, 14 Jul 2003 17:52:24
Assalamualaikum...

Nie dia nama ahli... tapi belum kemaskini lagi...kalau nak yang baru dan terkini... count.... cikgu Wan Affandi ...TAA4545 tu ......dia yang ada semua nya ahli baru dan lama kalau nak kedudukan mata mintak  nga cikgu Azam @ cikgu MAlik....

tu aje.. untuk ari nie.....tq

Sembang 001 - sfauziah70
Subject: logo baru & penyu
Sun, 13 Jul 2003 17:58:10
Assalamualaikum...

Ini adalah logo PADU dan gambar penyu... yang terkini.logo yang ada tu .... color nya ngat betulll...sory yea.....jangan marahh yae..pak... gurau aje....

tu aje.... nama ahli belum kemaskini lagi....

syed..RC8145


| Home | Carta Organisasi | Senarai Ahli | Sejarah PADU | Undang-undang | Padang PADU | Keputusan |
 | Tabung Ahli | Sembang-sembang | Borang Kejohanan | Penginapan | Link Petanque |

" PETANQUE UNTUK SEMUA "