TAFSIRAN LOGO

Reka bentuk keseluruhan logo adalah berasaskan kepada peralatan permainan dan pergerakan dalam permainan petanque.

Bulatan di tengah merupakan peralatan utama iaitu bola yang diperbuat daripada logam. Bulatan kecil di kanan merupakan bola kecil yang diperbuat daripada kayu dipanggil "Jack". Garisan-garisan di bahagian atas melambangkan pergerakan lontaran bola yang juga menggambarkan bentuk tangan secara abstrak menggengam bola.

Warna biru melambangkan warna bendera rasmi daerah Dungun dan menunjukkan keharmonian , perpaduan dan koperatif yang menjadi ciri utama sukan ini.

Warna merah melambangkan semangat , keazaman dan kesungguhan yang diperlukan bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Huruf ringkas PADU ialah ringkasan Petanque Association of Dungun.

 


| Home | Carta Organisasi | Senarai Ahli | Sejarah PADU | Undang-undang | Padang PADU | Keputusan |
 | Tabung Ahli | Sembang-sembang | Borang Kejohanan | Penginapan | Link Petanque |

" PETANQUE UNTUK SEMUA "